50 pelajar diserang histeria, penghuni asrama terpaksa diberi cuti lima hari | Harian Metro



50 pelajar diserang histeria, penghuni asrama terpaksa diberi cuti lima hari


Readmore


Anok Kelate, bintang Penang boleh jadi wira negara sumbang mata kemenangan Piala Thomas - Sukan | Majoriti



Anok Kelate, bintang Penang boleh jadi wira negara sumbang mata kemenangan Piala Thomas - Sukan

PERSIAPAN menjelang Piala Thomas 2024 sedang giat dijalankan dengan Malaysia mahu mencipta kejutan walaupun hadir sebagai position pasukan bukan pilihan.

Status itu hadir kerana prestasi semasa sambil isu kecederaan yang menimpa skuad negara membuatkan sentimen dalam kalangan penyokong terhadap peluang Malaysia adalah rendah.

Kecederaan pemain perseorangan, Ng Tze Yong seolah-olah mengecilkan lagi peluang untuk mara jauh. Namun begitu, di belakang Tze Yong masih ada pemain yang boleh maju ke depan dan membantu Malaysia.

Dalam analisis ringkas Majoriti kali ini, kita akan meneroka beberapa nama yang dilihat boleh menyumbang mata kemenangan buat Malaysia baik semasa pertarungan ketiga atau kelima setiap perlawanan:

1. Leong Jun Hao

Nama yang ketara bakal menjadi sandaran di Piala Thomas, Jun Hao dilihat mampu menjadi pemain negara yang menyumbang mata kemenangan jika diturunkan sebagai perseorangan kedua atau perseorangan ketiga.

Mengambil kira Malaysia mendahului 2-0 selepas dua pertarungan, Jun Hao boleh menyelesaikan segala tugasan dengan mendapatkan mata ketiga dan terus menutup cabaran pihak lawan.

Sebagai pemain ketiga terbaik negara di belakang Lee Zii Jia dan Tze Yong, Jun Hao pada awalnya akan diletakkan sebagai perseorangan ketiga di Chengdu, China kelak.

Namun dengan Tze Yong kini cedera dan disisihkan daripada skuad Piala Thomas, berkemungkinan Jun Hao akan ditolak menjadi pemain perseorangan kedua selepas Zii Jia.

BACA LAGI: Sedekad kekalahan 2014, mampukah Malaysia akhirnya raih gelaran Piala Thomas?

Malaysia men's single player, Leong Jun Hao reacts after defeating the Chinese Taipei player, Chia Hao Lee at the final match Bergamot KL Masters Malaysia Super 100 2023 at Stadium Titiwangsa on November 05.—AZMAN GHANI/The Star

Jun Hao lebih berpotensi menjadi pemain perseorangan kedua berbanding ketiga di Piala Thomas. — THE STAR/AZMAN GHANI

2. Cheam June Wei

Melihat kepada situasi Jun Hao bakal dijadikan sebagai pemain perseorangan kedua, tidak terkejut jika posisi sebagai pemain perseorangan ketiga menjadi miliknya.

Merupakan pemain keempat terbaik dari segi ranking dalam kalangan pemain Malaysia, ditambah ketiadaan Tze Yong maka tidak terkejut untuk June Wei akan diletakkan sebagai perseorangan ketiga.

Menjadi pemain yang kini berada di luar 50 pemain perseorangan terbaik dunia, mungkin terdapat sedikit keraguan dari segi kemampuannya untuk memberikan persembahan terbaik terutamanya berdepan pemain lebih baik daripadanya.

Namun begitu, keyakinan dan sokongan harus diberikan kepada pemain dari Pulau Pinang ini. Mana tahu, pada Piala Thomas ini adalah detik kebangkitannya?

BACA LAGI: Dibayar wang pampasan sertai skuad Piala Thomas, Zii Jia tekad tak mahu kecewakan Malaysia

390294

Masa untuk bangkit buat June Wei. — Agensi

3. Haikal Nazri

Dia boleh menjadi pemain wildcard sekiranya situasi sukar menimpa kem Malaysia sekali lagi dengan kecederaan datang menganggu.

Haikal yang pada asalnya merupakan pemain beregu, mempunyai fleksibiliti untuk beraksi sebagai pemain perseorangan juga. Namun begitu, dia jarang diuji di kejohanan utama dalam tugasan tersebut.

21a4587bf19167746e180a90a4544f40

Walaupun asalnya pemain beregu, Haikal (kanan) juga boleh diturunakan sebagai pemain perseorangan. — Facebook/Team Malaysia

Sebagai contoh, Haikal pernah ditarik menjadi pemain perseorangan ketiga ketika perlawanan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 kerana kecederaan yang menimpa Zii Jia dan Tze Yong.

Walaupun Malaysia membawa pemain perseorangan keempat iaitu Justin Hoh, 'anok Kelate' ini masih lagi berpotensi untuk diturunkan sebagai pemain perseorangan seandainya dua daripada pemain kategori tersebut cedera serentak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram dan Telegram


Readmore


Dialog 'panas', Zul Ariffin akui terkejut - Sinar Harian



Dialog 'panas', Zul Ariffin akui terkejut

"INI Malaysia Naz, Perdana Menteri pun boleh masuk penjara..."

Itu adalah antara dialog 'panas' membabitkan aktor Zul Ariffin sebagai Sheriff dan Syafiq Kyle (Naz) dalam salah satu babak filem Sheriff: Narko Integriti yang menjadi perhatian ramai.

Rata-rata kagum dengan keberanian Syafiq Yusof selaku pengarah dan Zul sendiri yang melontarkan kata-kata itu.

Namun bagi Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 37, sebagai pelakon, dia juga berasa terkejut apabila dialog itu dilepaskan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

"Saya mula-mula fikir (pasal dialog panas) 'biar betul Syafiq...' tapi selepas menonton trailer, saya cakap: 'biar betul, ini boleh lepas'.

"Pada mulanya saya fikir dialog itu hanya ada dalam trailer, tetapi tidak dalam filem.

"Kemudian bila baca pula komen, ramai yang beri reaksi tanda suka menjurus kepada dialog berkenaan. Inilah sebenarnya realiti terjadi dalam negara dan orang ramai lihat ia berani disuarakan,” katanya.

Zul berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala Filem Sheriff: Narko Integriti di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Zul

Tambah bintang berusia 37 tahun itu, Syafiq juga terlebih dulu sudah bersedia dengan pelan sandaran sekiranya skrip yang memaparkan kisah kepolisian itu gagal menembusi sesi tapisan selepas dihantar untuk semakan pada Unit Bahagian Komunikasi, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, Kuala Lumpur.

“Sebenarnya pengarah sudah ambil beberapa babak lain sebagai langkah berjaga-jaga untuk gantikan dialog itu sekiranya ia tidak diluluskan untuk tayangan,” jelasnya.

Selain Zul, watak-watak di dalam Sheriff turut digerakkan oleh pelakon seperti Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Sharuddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama dan Azri Iskandar.

Diminta mengulas mengenai rujukan yang dibuat bagi menjayakan watak utama itu, Zul berkata, karakter itu tidaklah sesukar mana untuk dihidupkan.

Ujar Zul, mudah baginya untuk membawa watak seorang sarkastik terutama apabila dia diminta pengarah untuk memenuhi tuntutan dan kesesuaian skrip.

“Saya tidak suka watak gangster sebab ia nampak terlalu mencuba untuk jadi jahat, tetapi kalau sekadar bersahaja jadi sarkastik, semua orang pun boleh kaitkan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!


Readmore


Search This Blog

close