[VIDEO] Hina, maki hamun pekerja tol gara-gara tak cukup baki - Kosmo Digital



[VIDEO] Hina, maki hamun pekerja tol gara-gara tak cukup baki

PETALING JAYA – Tular di contemplate sosial memaparkan video seorang lelaki bertindak memaki hamun pekerja tol gara-gara bakinya kurang sehingga mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh abang kepada pekerja tol itu dikenali sebagai Azfa Mierul, kejadian berlaku di plaza tol Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke) Segambut.

Menurut kisah yang diceritakan adiknya, ketika kejadian, lelaki yang memandu kereta jenis Honda Civic berkenaan tidak dapat melepasi tol kerana baki kad Touch n’ Go miliknya kurang.

Kemudian, lelaki yang didakwa berusia anggaran 60-an itu memberikan wang tunai sebelum ditolak oleh pekerja tol kerana pembayaran hanya diterima melalui kad debit atau Touch n’ Go sahaja.

“Kemudian adik saya (pekerja tol) tanya dia (pemandu Honda Civic) ada kad bank tak, dan dia kata ada. Adik saya minta dia untuk undur dan masuk lorong tiga.

“Pemandu berkenaan undur. Dan berhenti lama bagi ‘double signal’. Tak lama lepas tu dia masuk balik lorong satu dan mula maki hamun adik saya dengan persoalkan buat kerja apa je, tuduh makan gaji butalah. Siap panggil dia kurang bijaklah.

“Siap kata nak lempang adik saya sebab katanya hari-hari dia kerja lempang orang. Bila adik keluar telefon nak rakam dia maki hamun barulah dia nak perlahankan suara,” ceritanya.

Sehingga kini ciapannya mendapat lebih 2,200 ulang ciap dan 3,400 dismal suka.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan lelaki tersebut sekali gus menasihati pekerja tol itu untuk terus bersabar dalam berdepan pelbagai ragam pengguna jalan raya.

“Aku kerja tol selalu dah kena begini. Tak semua pengguna jalan raya bijak. Ramai spesies macam ni, selalu rasa diri mereka terpaling bagus,” komen Shida.

“Beritahu adik awak yang dia kuat. Selagi mencari rezeki yang halal, tiada pekerjaan dalam dunia yang hina untuk dia. Banyakkan bersabar dik,” komen Hairil pula.

“Wah dia kerja apa hari-hari lempang orang. Sedap-sedap je nak hina pekerjaan orang. Apa pun adik abang terbaik, susah nak jumpa orang yang ‘cool’ zaman sekarang ni,” komen pengguna lain pula. – KOSMO! ONLINE


Readmore


'PKR mati moral': Surendran disindir sertai Azmin



Bekas naib high-level PKR N Surendran dibidas kerana mendakwa parti itu telah "mati moral."

Timbalan Setiausaha Agung PKR Dr Sathia Prakash Nadarajan mencadangkan Surendran supaya dia meneruskan perjuangan bersama bekas timbalan high-level parti itu Mohamed Azmin Ali.

"Pelik apabila individu seperti Surendran bercakap mengenai 'moral'.

"Mana pergi 'moral' saudara ketika menjadi peguam kepada Azmin selepas dia bersama beberapa ahli parlimen PKR mengkhianati mandat rakyat menerusi 'Langkah Sheraton'.

"Saya cadangkan saudara Surendran perlu meneruskan 'perjuangannya' bersama-sama Azmin di Bersatu," katanya.

Terdahulu, Surendran yang juga seorang peguam meluahkan perasaannya melihat PKR menganjurkan sambutan khas sempena 25 tahun penubuhannya semalam.

"Apa yang nak diraikan?" katanya di platform believe sosial X, "Selama 25 tahun mereka menjanjikan pembaharuan. Apabila berkuasa - tak ada pembaharuan, cuma alasan."

Dia yang juga seorang peguam menambah sepanjang tempoh perjalanan PKR ada ramai watak yang berjuang demi apa yang diyakini mereka dan berdepan dengan risiko dipenjara.

Semuanya itu, kata Surendran, dibuat untuk membolehkan PKR berkuasa.

Namun, katanya, ketika ini semua itu dianggap sia-sia.

Bagaimanapun, Sathia mendakwa kritikan Surendran selalunya bersifat pilih kasih.

"Saya tak nampak pun, dia kritik Azmin dan pasukan dia ketika mereka mengumumkan keluar PKR sehingga tumbang Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020.

"Malah, dia sanggup mewakili Azmin berhubung isu video seks yang dikaitkan dengannya.

"Nampaknya, apa yang Surendran kata betul di mana ada pihak mempergunakan PKR untuk kepentingan peribadi," katanya.

Surendran keluar dari PKR pada Feb lalu selepas menyatakan kekecewaan dengan sikap "berdiam diri yang memalukan" PH terhadap siasatan ke atas bekas ahli parlimen DAP Tony Pua.

Pua disiasat mengikut Akta Hasutan kerana kenyataannya mengenai peringanan hukuman penjara Najib Razak.

Selepas mengumumkan peletakan jawatannya di X selepas berbalas hujah dengan Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, yang sebelum itu mengingatkannya agar mematuhi disiplin parti semasa memberikan pandangan.

"Fahmi, tak kisahlah disiplin parti. Saya sudah lama tidak menjadi ahli aktif parti.

"Tak ada gunanya menjadi ahli kepada unprejudiced yang tidak lagi mewakili perubahan dan reformasi. Anggap ini sebagai peletakan jawatan saya,” kata Surendran.


Readmore


Bekas ahli majlis bergelar Datuk, isteri tak mengaku salah guna kuasa, tuntutan palsu | Harian Metro



Bekas ahli majlis bergelar Datuk, isteri tak mengaku salah guna kuasa, tuntutan palsu


Readmore


Search This Blog

close