Ms Puiyi saman bekas rakan kongsi, dakwa kena tipu RM4.3 juta | Harian Metro



Ms Puiyi saman bekas rakan kongsi, dakwa kena tipu RM4.3 juta


Readmore


Reaksi Spontan Ruhainies Berpurdah Tapi Peluk BFF Lelaki Jadi Perhatian | Oh! Media



Reaksi Spontan Ruhainies Berpurdah Tapi Peluk BFF Lelaki Jadi Perhatian

Selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah, nama pelakon Ruhainies panas lagi. Mana taknya, pelakon ini dilihat berpelukan dengan kawan baik lelaki yang menyambut ketibaannya.

BACA: Wanita Mengaku Skandal Aliff Aziz Dakwa Ruhainies Buat ‘Plan’ Jahat Nak Jatuhkan Bella

Dalam rakaman itu, pelakon ini dan kakaknya Risteena Munim dilihat masih mengenakan jubah dan niqab berwarna hitam.

Namun, reaksi spontan mereka berpelukan mengundang respon kurang senang daripada netizen. Rata-rata daripada netizen menegur pelakon berkenaan yang mengenakan pakaian sunnah tetapi melakukan perkara tidak baik.

Meninjau ke ruangan Instagram, kawan baik Ruhainies dilihat memuat naik status meminta maaf dan mengaku kesalahan yang dibuatnya.

Hasil semakan mendapati video tersebut sudah pun dipadam di akaun Tiktok @zaharzbubu7.

Kredit: Instagram zaharzbubu

+ Baca retort pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Readmore


Kekasih gelap kecewa Aliff Aziz curang



KUALA LUMPUR – Seorang wanita tampil membuat pengakuan dengan mendedahkan dia adalah kekasih kepada Aliff Aziz sejak Januari 2024.

Sarah Yasmine menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya mendakwa dia mula rapat dengan penyanyi kelahiran Singapura itu selepas Alif sering mengadu mengenai hubungan dengan isteri (Bella) tidak baik.

“Dia (Aliff) selalu meminta nasihat dan ghastly support daripada saya, membuatkan kami lagi akrab dan Aliff mula tunjukkan rasa sayang dan cinta pada saya dan approach untuk bercinta dengan Aliff.

“Semasa saya berada selama seminggu di Malaysia, Aliff dan saya masih lagi berhubung seperti biasa sehinggalah hari Aliff dan pelakon wanita itu (NRF) ditangkap khalwat,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Dalam hantaran sama, wanita itu turut berkongsi kronologi ketika kejadian penyanyi lagu ‘Sayang Sayang’ itu ditangkap khalwat pada Mac lalu.

Dia juga mendakwa dicurangi oleh Aliff yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pelakon wanita berkenaan selepas terkantoi panggilan mesra di dalam mesej mereka.

Bukan itu sahaja, gadis ini mendakwa mempunyai semua bukti perbualan yang menunjukkan NRF dan Aliff berkomplot untuk menjatuhkan Bella Astillah.

“Saya agak terkejut semasa melihat perbualan mereka seperti sedang bercinta sedangkan dalam masa sama dia bercinta dengan saya.

“Hancur hati saya melihat perbualan itu, dan melihat semua perancangan jahat NRF untuk menjatuhkan Bellla, dan mempengaruhi Aliff untuk berbuat perkara yang tidak sepatutnya sebagai seorang suami yang masih sah,” katanya.

Bagaimanapun, menerusi hantaran itu juga, Sarah tampil membuat permohonan maaf kepada pihak yang terkesan dengan pendedahan tersebut.

Malah, wanita itu turut membuat permohonan maaf kepada Bella Astillah biarpun mendakwa isteri Aliff telah pun mengetahui kewujudannya sebagai kekasih gelap. – MalaysiaGazette


Readmore


'Sambutan raya Cik Man meriah tapi tak diserikan 'kerepek bawang' - PU Azman | Harian Metro



'Sambutan raya Cik Man meriah tapi tak diserikan 'kerepek bawang' - PU Azman


Readmore


Search This Blog

close